Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Putrajaya (PPj), akan menganjurkan Hari Bertemu Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Aseh Haji Che Mat dengan orang awam pada setiap hari Rabu, jam 10.00 pagi – 1.00 ptg. di Aras 9, Kompleks PPj Presint 3.
2. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan di antara Presiden PPj dengan orang awam bagi memperkasakan pengurusan pentadbiran di Putrajaya. Selain itu, perjumpaan ini juga dapat mewujudkan jalinan kerja yang baik serta mengeratkan hubungan antara PPj dengan orang awam.
3. Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/Datuk/Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
https://www.facebook.com/TanSriAseh
https://www.facebook.com/putrajaya www.ppj.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan