Ahad, 7 Julai 2013

FESTIVAL RAMADHAN PUTRAJAYA 2013

Perbadanan Putrajaya (PPj) buat julung kalinya akan menganjurkan Festival Ramadan Putrajaya bermula 10 Julai hingga 7 Ogos ini melibatkan kawasan Kiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Kompleks PPj di Presint 3 di sini. Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat (gambar) berkata, penganjuran festival menggabungkan aktiviti keagamaan, perniagaan, pameran dan juga hiburan bercirikan Islam tersebut merupakan konsep yang direncanakan pihaknya bagi mengimarah serta memeriahkan suasana Ramadan di Putrajaya.

 Menurut beliau, penganjuran festival itu juga bertujuan menyediakan lokasi alternatif kepada penduduk untuk membeli juadah berbuka puasa dan persiapan Hari Raya Aidilfitri. "Setiap hari PPj akan mengedarkan kurma dan air zam zam secara percuma, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pula akan diadakan majlis berbuka puasa dan moreh juga secara percuma kepada 1,500 pengunjung setiap hari selain solat tarawih yang akan dipimpin oleh imam terkenal Mesir iaitu Samy Ahmed Abd. Rahman El-Feky.

 "Bagi menghayati Ramadan sebagai bulan memperbanyakkan ibadah, PPj juga merancang mengadakan program-program seperti tadarus al-Quran, qiamullail dan juga tazkirah oleh ustaz dan ustazah popular seperti Haslin Baharim, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Rohidzir Rais dan Fatimah Syarha," katanya.

http://www.ppj.gov.my/ramadhan/

Hari Bertemu Presiden Perbadanan Putrajaya

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Putrajaya (PPj), akan menganjurkan Hari Bertemu Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Aseh Haji Che Mat dengan orang awam pada setiap hari Rabu, jam 10.00 pagi – 1.00 ptg. di Aras 9, Kompleks PPj Presint 3. 2. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan di antara Presiden PPj dengan orang awam bagi memperkasakan pengurusan pentadbiran di Putrajaya. Selain itu, perjumpaan ini juga dapat mewujudkan jalinan kerja yang baik serta mengeratkan hubungan antara PPj dengan orang awam. 3. Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/Datuk/Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
https://www.facebook.com/TanSriAseh
https://www.facebook.com/putrajaya www.ppj.gov.my