Selasa, 16 Ogos 2011

Karnival Usahawan Desa 2011 di Putrajaya


Kementerian Kemanjuan Luar Bandar dan Wilayah bakal menganjurkan Karnival Usahawan Desa 2011 pada 21 September ini yang akan diadakan di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya.

Seramai 500 usahawan akan menyertai pameran melalui empat kategori utama iaitu produk makanan, perkhidmatan, kraftangan dan herba. Pengajuran kali ini memberi keutamaan kepada kualiti produk bagi memenuhi piawaian pemasaran tempatan dan antarabangsa khususnya melibatkan pelabelan, pembungkusan, kandungan nutrisi termasuk persijilan halal.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Denda RM1,000 jika tidak asingkan sampah.


Berkuatkuasa 1 September depan, orang ramai perlu mengasingkan sampah sebelum membuangnya ke dalam tong sampah di hadapan rumah masing-masing untuk mengelakkan didenda RM1,000.
Ini berikutan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara 2007 (Akta 672) yang akan dikuatkuasakan pada tarikh tersebut yang mewajibkan sampah seperti botol, plastik, kertas dan sisa makanan.
Dalam kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung bahawa pelaksanaan hukuman denda itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi.

Isnin, 1 Ogos 2011

PROMOSI JUALAN HARI RAYA SEPANJANG BULAN RAMADAN


Bahagian Pembangunan Keusahawanan (BPU), MITI akan mengadakan promosi jualan hari raya sepanjang bulan Ramadan ini (Isnin-Jumaat) di Galeri Usahawan MITI, Putrajaya.

Sabtu, 30 Julai 2011

01 Ramadhan 1432H


Ramadan adalah bukti Allah memuliakan hambanya dengan rahmat dan keampunan. Tanda keimanan jelas terpancar pada wajah mereka yang beriman menandakan kegirangan menyambut bulan mulia ini.Sabda Nabi SAW bermaksud: Sesiapa bergembira apabila datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka. (Al-Hadis).

SALAM 01 RAMADHAN 1432H dari Admin

Jumaat, 29 Julai 2011

PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEMERDEKAAN 2011


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 mulai 1 Ogos 2011 sehingga 31 Ogos 2011, berikut maklumat Pertandingan;
PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEMERDEKAAN 2011

1. Maklumat Pertandingan

a) Terbuka kepada semua rakyat Malaysia sama ada secara individu mahupun organisasi.
b) Tempoh pertandingan adalah mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2011.

2. Kategori Yang Dipertandingkan

a) Bangunan Kerajaan
b) Bangunan Swasta
c) Kampung Tradisi/Kampung Baru Cina/Kawasan Estet/Felda
d) Sekolah (Menengah, Kebangsaan Dan Jenis Kebangsaan)
e) Taman Perumahan
f) Individu (Kediaman/Kenderaan)
g) Pintu Gerbang

3. Penilaian

a) Skuad Ceria Merdeka iaitu satu jawatankuasa panel penilai akan menjelajah seluruh negara untuk melihat dan menilai daya usaha dan kreativiti kawasan/premis untuk dicalonkan sebagai pemenang.

b) Kriteria penilaian ialah :

i. Aspek Kreativiti

- Keunikan kepelbagaian reka bentuk menggunakan bendera (termasuk bendera negeri), pembentukan mercu tanda seperti gerbang, arca dan sebagainya, kekemasan susun atur bendera atau menonjolkan suasana keceriaan dan kemeriahan sambutan kemerdekaan.

ii. Aspek Daya Tarikan

- Menonjolkan kelainan seperti membuat bendera menggunakan flora, penggunaan bahan-bahan yang menjimatkan atau bahan-bahan terpakai dan menyerlahkan sambutan kemerdekaan dengan mempamerkan bendera terbesar, terpanjang, terbanyak dan sebagainya.

iii. Aspek Nilai Tambah

- Menterjemahkan tema Hari Kemerdekaan dengan menyediakan pantun, slogan atau kata-kata patriotik dalam bentuk streamer, paparan, kain rentang, paparan, lukisan, grafiti dan sebagainya atau reka bentuk yang mencerminkan tema Hari Kemerdekaan.

4. Senarai Hadiah

KATEGORI WANG TUNAI
Bangunan Kerajaan RM 3,000.00
Bangunan Swasta RM 3,000.00
Kampung Tradisi/Kampung Baru Cina/Kawasan Estet/Felda RM 10,000.00
Sekolah (Menengah, Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan) RM 5,000.00
Taman Perumahan RM 10,000.00
Individu RM 2,000.00
Pintu Gerbang RM 5,000.00

5. Borang pertandingan boleh dimuat turun di Laman Web Jabatan Penerangan
www.penerangan.gov.my

6. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Urus Setia
Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan
Jabatan Penerangan Malaysia
Tingkat 11 Barat, Wisma Sime Darby
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

Tel : 03- 2173 4587 / 4555

atau di Pejabat Penerangan Daerah serta Pusat Maklumat Rakyat (PMR) seluruh negara.

PENGANJURAN PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 10 Ogos hingga 14 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)

Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan banyak lagi.


Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:-


i. Encik Asaari bin Zainuddin
No. Tel : 03-8882 5767
Emel : asaari@kpdnkk.gov.my

ii. Puan Noorizati binti Ibrahim
No. Tel : 03-8882 6931
Emel : noorizati@kpdnkk.gov.my